Pastikan Produk Ori
AWAS: Pastikan Anda Mendapat Pengalaman Yang Original
Selamat datang ke restoran Damascus, di mana kami berbangga dapat menyajikan masakan Syria asli kepada anda dengan senyuman. Kami telah dimaklumkan tentang organisasi lain yang cuba meniru sajian unik daripada kami. Kami ingin memastikan bahawa anda tidak terpedaya dengan tiruan ini.
Mengapa ia Penting?
Bagaimana untuk mengenal pasti kami?
Cari logo kami dan pastikan yang menyambut anda adalah terdiri daripada kakitangan kami. Laman web rasmi kami damascus.my adalah satu-satunya tempat dalam talian di mana anda boleh membuat tempahan, dan berhubung dengan kami. Kami sentiasa memastikan anda dapat merasai pengalaman di restoran Damascus secara selesa dan sempurna.
Bimbingan Pelanggan
Sebelum membuat tempahan atau pesanan dalam talian, pastikan bahawa anda telah melayari saluran rasmi kami. Pelayan kami memakai pakaian seragam yang tersendiri, dan menu kami menampilkan logo eksklusif daripada Damascus.
Dengan memilih restoran kami, anda bukan sekadar menikmati hidangan, anda juga dapat menyokong perniagaan yang sangat mengambil berat tentang komuniti dan pengalaman kulinari yang telah dijanjikan sejak kami ditubuhkan.
Jika anda mendapati sebarang perniagaan yang meniru jenama kami, sila hubungi kami melalui borang kami disini. Bantuan anda amat membantu kami untuk melindungi kredibiliti kami dalam perniagaan ini.
Kami komited dalam menyampaikan pekhidmatan yang terbaik untuk anda dan sentiasa memastikan rasa yang disajikan mencerminkan ciri daripada restoran Damascus. Dedikasi kami terhadap keaslian cita rasa kami tidak berbelah bagi, dan kami berterima kasih atas sokongan berterusan daripada anda.
Untuk sebarang pertanyaan atau pengesahan maklumat, sila hubungi kami terus di [email protected]/+6011-3717 2122. Kepuasan dan kepercayaan anda adalah keutamaan kami.